Pesan Syeikh Habib Umar bin Hafidz

ALHAMDULILLAH...
Atas dasar kecintaan kita terhadap Rasulullah,Allah telah mengumpulkan kita dan hati hati kita utk mendengar,membaca ,menyelami dan memahami pesan2 dr Sheikh Habib Umar bin Hafidz ini...
insyaAllah,moga saya diberi kekuatan utk mengolah sedikit pesanan2 beliau dlm siri ziarah ilmiah dan dakwah beliau ke melaka,malaysia tempoh hari...

Izinkan saya memulakan bicara dgn sebuah cerita yg bisa menyentuh hati sesiapa yg mendengarnya,insyaAllah..

Pada suatu hari,para sahabat nabi bertanya kepada baginda,
"Ya Rasulullah,siapakah orang2 yg tergolong dlm golongan org yg tinggi imannya?"
RasulullahS.A.W menjawab ;"Para anbiya'.bagaimana mereka boleh mendapat keimanan yg sedikit sedangkan mereka adalah para anbiya' "
"maka,siapa ya Rasulullah?Para malaikat?"
Rasulullah S.A.W menjawab;" bagaimana mereka tidak beriman sedangkan mereka melihat keagungan Allah S.W.T"
Para sahabat menjawab ; "kalau begitu org2 yg tinggi imannya itu semestinya kami."
Rasullullah menjawab ; "bagaimana kamu tidak beriman sementara aku masih berada di hadapan kamu"
"Wahai Rasulullah,kalau begitu,siapakah org2 yg agung dan tinggi imannya?"
Rasulullah menjawab : "mereka adalah org2 yg beriman yang dtg kepadaku setelah mendengar ayat ayatku walaupun tidak pernah melihatku..."

Ya Allah..jadikanlah kami sebahagian drpd mereka...amin..insyaAllah!

siapakah golongan itu?Ya.itulah kita.itulah yg destinasi golongan yg patut kita tujui.KITA.Umat nabi Muhammad S.A.W!Semoga Allah melimpahkan nikmat keimanan dan keyakinan kepada kita umat Nabi Muhammad seluruhnya,insyaAllah!Ya rasulullah kekasih Allah,aku merinduimu...

Antara pesan pesan beliau lagi;
"jadilah sahabat yg sering mengajak ke majlis zikir"
"berazamlah utk melakukan kebajikan pada seluruh hayat kamu"
"Jiran yg baik akan membawa manfaat di dunia dan di akhirat"
"jiran yg soleh akan membawa manfaat kpd muslimin&muslimat dan juga kpd individu yg bukan muslim"
"segala apa yg tersembunyi di hati tampak jelas di hadapan Allah S.W.T"
"Org yg meninggalkan syariat Allah,Allah akan menjadikan dia sangat sangat memerlukan pd hukum tersebut"

Jadi...
tahu diri sebagai sahabat,hendaklah sentiasa mengajak ke arah perkara kebaikan..
sedar diri sbg hamba,beribadah lah spt kamu akan mati esok hari...
kenal diri sbg saudara,berilah manfaat sebanyaknya kepada saudara saudara kita...
sesungguhnya muslim itu bersaudara...
impak dr perbuatan baik jiran muslim itu sendiri akan membawa kesejahteraan pd jiran bukan bukan muslim...
bila iman itu masuk ke dlm hati,hati itu akan dimasuki cahaya,maka hati itu akan mudah menerima kebenaran...hati jadi kental..lantas...hidup hati manusia dgn keimanan...

akhirul kalam...
sehingga kita bertemu dgn Allah dalam iman...Amin!
semoga kalimah "LAILAHAILLALLAH" yg telah kita ungkapkan bersaksi di hadapan Allah sejak dr dlm rahim ibu lagi akan kekal hinggalah saat kita bertemu dgn Allah pd satu masa yg telah dijanjikan..insyaAllah...



Ibrah dari Aceh

Alhamdulillah.Selesai sudah SG buat pertama kali pada sem baru.

Perkongsian daripada Nadiah tentang pengalamannye di Aceh dan moge-moge kita mendapat manfaat daripadanya.InsyaAllah.Kelihatan kami semua sungguh tekun mendengar sedikit perkongsian yang saya kira mempunyai maksud dan ibrah yang pastinya memberi kesan yang berbeza terhadap individu yang berbeza.

Namun, konklusinya perkongsian pada hari ini pastinya memberi kami suatu pengajaran baru tentang kehidupan. Ya, kehidupan mereka dan kehidupan kita. Perbezaan yang boleh dikatakan agak ketara walaubagaimanapun mempunyai matlamat yang jelas dan sama.


Update terbaru minggu ini:

. Baju SG
. Blog rasmi SG
. Facebook rasmi SG, InsyaAllah(in progress)

Jom datang SG


Assalamualaikum warahmatullah...

Perhatian kepada semua, Sisters Gathering untuk sem ini akan bermula pada hari esok...(hari ini)

Tarikh : 29 Januari 2010
Hari : Jumaat
Tajuk : Special Sharing About Aceh
Masa : 12.30tgh hari - 2.00petang
Tempat : FSER1039
Makanan : insyaAllah disediakan

Jadi, jangan lepaskan peluang!!! Ada sesuatu mengenai Aceh yang sangat indah untuk dikongsikan. Satu pengalaman yang sangat menarik dan seronok!!!InsyaAllah, tak rugi...




"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman"
(Ali 'Imran : 139)

Buatlah Minuman Yang Sedap Dari limau Nipis Yang Masam

Buatlah Minuman Yang Sedap Dari limau Nipis Yang Masam

Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertakuk, bertompok-tompok dan berlipat ganda.

Ketika Rasulullah s.a.w. diusir dari Makkah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunkannya menjadi sebuah negara yang sangat popular di telinga dan mata sejarah.

Ahmad ibn Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi kerananya pula ia kemudian menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah di penjara, tetapi di penjara itulah ia banyak menghasilkan karya yang bermutu. As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berhasil mengarang buku sebanyak dua puluh jilid.

Ketika Ibnul-Atsir dipecat dari jabatannya, ia berhasil menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami'ul Ushul dan an-Nihayah, antara buku paling terkenal dalam hadits. Demikian halnya dengan Ibnul-Jawzy, ia pernah diasingkan dari Baghdad dan karena itu ia menguasai qiraah sab'ah (7 cara membaca Al-Quran).

Malik ibn ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang boleh menyebabkan kematian, namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para penyair besar pada zaman Abbasiyah. Kemudian, ketika semua anak Abi Dzuaib al-Hudzali mati meninggalkannya seorang diri, sebaliknya pada masa itulah ia mampu menciptakan nyanyian-nyanyian puitis yang mampu menutup mulut zaman, membuat setiap pendengarnya tertarik, memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.

Demikianlah hendaknya anda ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat sisi yang paling terang dari sudut positifnya. Ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya. Ketika mendapat hadiah seekor ular dari orang, ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain. Ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

Kawallah diri anda dalam apa jua bentuk kesusahan yang anda hadapi. Dengan begitu, anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada dunia.

“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu”

(QS. Al-Baqarah: 216)

Sebelum terjadi revolusi besar di Perancis, kononnya negara itu pernah memenjara dua sasterawan terkenalnya. Salah seorang dari keduanya sangat optimis dan yang seorang lagi pesimis bahawa revolusi dan perubahan akan segera terjadi.

Setiap hari keduanya sama-sama melongokkan kepala melalui celah-celah jerjak penjara. Hanya sang sasterawan yang optimis sentiasa memandang ke atas dengan melihat bintang-bintang yang gemerlapan di langit. Dan karena itu ia selalu tersenyum riang. Manakala sasterawan yang pesimis pula selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di hadapan penjara dan kemudian menangis sedih.

Begitu jugalah sebaiknya sikap anda, iaitu selalu melihat pada sudut lain dari kesedihan itu. Kerana belum tentu semuanya menyedihkan; pasti ada kebaikan, secercah harapan, jalan keluar serta pahala.